RUMAH Naib Pengerusi Eksekutif Manchester United, Ed Woodward di London diserang dengan suar selain diconteng malam tadi oleh sekumpulan samseng daripada penyokong yang tidak berpuas hati.

Woodward menjadi sasaran ejekan oleh penyokong United dalam perlawanan kebelakangan ini kerana peranan dimainkannya menyebabkan penurunan prestasi kelab itu sejak tujuh tahun lalu.

Dalam satu kenyataan, United berkata: “Kami mengetahui bahawa bola sepak dunia akan bersatu di belakang kami ketika kami bekerjasama dengan Greater Manchester Police untuk mengenalpasti dalang serangan ini.

“Sesiapa yang didapati bersalah melakukan jenayah atau memecah masuk ke hartanah ini akan diharamkan seumur hidup oleh kelab dan mungkin berdepan pendakwaan.

“Penyokong menyatakan pandangan mereka adalah perkara lain, kerosakan akibat jenayah dan cubaan membahayakan nyawa ialah perkara lain. Tiada alasan untuk perlakuan sebegini.”

Video di media sosial memaparkan suar dicampak melepasi pintu rumah Woodward di Cheshire.

Menurut Daily Mirror, serangan itu dilakukan sekumpulan kira-kira 20-30 penyokong United yang menutup muka.

All copyrights for this article are reserved to Metro