BOS Leicester City, Brendan Rodgers percaya kekalahan pada separuh akhir Piala Liga membolehkan pemainnya memberi lebih tumpuan mereka mengatasi Chelsea dan Tottenham dalam saingan untuk penamat liga dalam kelompok empat teratas.

The Foxes tewas dalam masa tambahan di peringkat separuh akhir perlawanan kedua berdepan Aston Villa, dengan Trezeguet meledak gol kemenangan untuk membawa Villa ke Wembley dan perlawanan final berdepan sama ada Manchester City atau Manchester United.

Ia keputusan sukar diterima buat barisan kendalian Rodgers, bangkit daripada ketinggalan dalam kedua-dua perlawanan untuk mengikat kedudukan dengan Villa, hanya melepaskan gol pada penghujung perlawanan menafikan kemampuan pasukan itu.

Brendan Rodgers (kiri) melihat aksi pemainnya ketika berdepan Villa. FOTO Reuters

Namun Rodgers menegaskan pemainnya tidak akan murung dengan kekecewaan itu, ketika perlawanan penting Liga Perdana berdepan Chelsea, Sabtu ini.

“Saya fikir kami bermain cemerlang dalam perlawanan itu, kami beraksi dengan kawalan baik dan memberi tekanan dalam perlawanan,” katanya kepada Sky Sports.

“Saya tidak kecewa dengan pemain, mereka memberikan segalanya dalam permainan itu.

“(Selepas menjaringkan gol penyamaan) Hanya satu pasukan sahaja dilihat akan memenangi perlawanan, mereka berjaya mara dan kami harus meneruskan perjuangan.”

All copyrights for this article are reserved to Metro