JUARA 23 Grand Slam, Serena Williams dilantik sebagai jurucakap wanita global bagi jenama Stuart Weitzman.

Bekas bintang nombor satu dunia tenis dalam kempen terbaharu 2020, menonjolkan wanita sebagai tonggak harapan dan keyakinan untuk masyarakat.

Dalam kenyataannya mengenai perkongsian itu, Serena berkata, “Sekarang, lebih dari sebelumnya, adalah masa untuk memberi tumpuan kepada harapan dan meneruskan kehidupan.

“Saya mahu wanita dari setiap lapisan generasi menjadi inspirasi melakukannya, satu langkah pada satu masa.”

Kempen 2020 adalah sebahagian daripada perkongsian dermawan berterusan Stuart Weitzman bersama rakan kongsi Vital Voices Global sebuah organisasi antarabangsa yang mendorong kepimpinan wanita dan perubahan global.

Serena ikon fesyen. FOTO Stuart Weitzman. Serena ikon fesyen. FOTO Stuart Weitzman.

Sebahagian daripada inisiatif ini, Stuart Weitzman bersama-sama Serena Williams memilih dua pemimpin wanita – Sage Ke’alohilani Quiamno, pengasas bersama bagi Future For Us – iaitu platform khas buat wanita moden dalam membina kerjaya – serta Ashlee Wisdom pengasas Health In Her HUE, agensi yang menghubungkan wanita kulit hitam dengan penyediaan, perkhidmatan dan sumber kesihatan yang komited kepada kesihatan dan kemanusiaan.

Serena berkata dia menjadi peminat kepada jenama itu sudah sekian lama.

“Saya memakai jenama [kasut Stuart Weitzman] mungkin sudah lebih 10 tahun dan ia adalah barang asas dalam almari saya. Hampir semuanya.. adalah SW dan ia cukup istimewa.”

Kejuaraan perseorangan Grand Slam sebanyak 23 kali, Serena adalah pencapaian membanggakan bagi pemain di era kini dan kedua paling terbanyak sepanjang hayat di belakang Margaret Court.

Dia berada di ranking nombor satu perseorangan dalam lapan kedudukan berbeza antara 2002 dan 2017.

All copyrights for this article are reserved to Metro