SERENA Williams menerima tamparan hebat apabila tersingkir pada pusingan ketiga Terbuka Australia selepas tewas kepada pemain China, Wang Qiang sekali gus mengakhiri misi untuk merekodkan gelaran Grand Slam ke-24.

Sensasi berusia 38 tahun itu diletakkan selaku pilihan untuk memenangi kejuaraan kali kelapan di Melbourne Park tetapi terpaksa akur tewas di tangan Wang.

Kekalahan 6-4, 6/7 (2/7), 7-5 itu bermakna Serena yang kali terakhir memenangi kejuaraan utama pada Terbuka Australia 2017 ketika sedang mengandung, gagal dalam lapan percubaan di Grand Slam sejak kembali beraksi pada 2018.

“Saya fikir pasukan percaya saya boleh melakukannya. Selepas kali terakhir (bertemu Serena) saya bekerja keras ketika di dalam dan luar gelanggang dan hasilnya adalah menerusi kemenangan ini.

“Ketika set kedua, saya sedikit keliru tetapi saya sedar saya perlu fokus pada setiap mata,” kata Wang.

Wang tewas 1-6, 0-6 di tangan Williams pada suku akhir Terbuka AS tahun lalu.

All copyrights for this article are reserved to Metro