PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp menepis kritikan terhadap Mohamed Salah yang mengatakan bintang Mesir itu terlalu mementingkan diri sendiri.

Salah didakwa terlalu kerap melepaskan rembatan dan tidak menghantar bola kepada rakan sepasukan yang berada dalam posisi lebih baik untuk menjaringkan gol.

Bagaimanapun, ia tidak terjadi ketika Reds menang 4-0 ke atas Southampton, kelmarin.

Salah mempamerkan aksi terbaik, dua jaringan daripada empat percubaan dan membantu rakan sepasukan pada setiap peluang dimiliki.

“Minggu lalu orang memperkatakan mengenai Mo Salah,’” kata Klopp dalam sidang akhbar awal pagi tadi.

“Mo tidak pernah mementingkan diri atau lebih daripada itu. Penyerang dalam posisi betul. Kita lihat gol Mo yang dijaringkan di antara empat pemain dan bola menuju penjuru gawang.

“Apabila anda tidak menjaringkan gol, orang berkata anda sepatutnya hantar bola ke sana atau ke sini. Dia tidak pentingkan diri (ketika menentang Southampton) dan dia menerima kembali bola supaya boleh menjaringkan gol.

Pengendali dari Jerman itu turut memuji penyerang, Roberto Firmino yang membantu tiga daripada empat jaringan Liverpool ketika menentang Saints.

‘Bobby memang bagus, pemain yang bijak, saya tak tahu ada pemain seperti dia.”

All copyrights for this article are reserved to Metro