WEBB Simpson melakukan dua birdie pada dua lubang terakhir dan birdie sekali lagi pada lubang pertama playoff bagi mengatasi cabaran Tony Finau untuk meraih gelaran keenam Jelajah PGA Amerika Syarika di Terbuka Phoenix, awal pagi tadi.

Simpson meraih kemenangan pertama sejak Players Championship 2018, mencipta catatan dua bawah par pusingan 69 di lapangan TPC Scottsdale dan 17-bawah 267 keseluruhan.

“Perlawanan yang sengit hari ini,” kata Simpson, juara Terbuka AS 2012. “Tony seorang juara yang bagus. Dia beraksi dengan baik hari ini. Kami bersaing hebat pada beberapa lubang terakhir dan dua kali birdie 18 memang hebat.”

Finau bangkit selepas bogey di lubang kelapan dengan mencipta birdie 18 kaki di lubang ke-12 dan menambah satu lagi birdie di lubang ke-13 walaupun terlepas fairway.

Tetapi pemain Amerika Syarikat itu yang mencatat sembilan bawah 62 pada Sabtu lalu di lubang ke-54 gagal mencatat birdie seterusnya dan sekali gus mengakhiri perlawanan dengan satu di bawah par 70.

All copyrights for this article are reserved to Metro