PELUMBA Red Bull, Max Verstappen berkata pemandu akan melakukan yang terbaik pada Grand Prix Australia dalam keadaan penularan koronavirus, ketika keseluruhan pasukan terpaksa menghadkan hubungan dengan peminat dan wakil media untuk menjaga kesihatan mereka.

Perlumbaan pembuka tirai musim di Melbourne bersedia untuk diteruskan mengikut jadual minggu ini di sebalik kebimbangan penularan wabak berkenaan.

Tiga anggota pasukan Formula Satu – empat daripada Haas dan satu daripada McLaren — diletakkan dalam pemerhatian bagi menunggu keputusan ujian selepas menunjukkan sintom selsema seperti virus itu.

Max Verstappen (kanan) dan pemandu Thai, Alex Albon. FOTO AFP

Ketua Korporat Grand Prix Australia (AGPC) Andrew Westacott berkata dalam satu kenyataan dia “mengikuti perkembangan situasi serentak dengan penganjuran Formula 1 dan FIA (Persekutuan Automobil Antarabangsa).”

Di sebalik mengambil berat, peminat hadir ke Albert Park hari ini pada hari pertama pembukaan bagi sesi kelayakan Supercars yang menampilkan bekas bintang pemandu Formula Satu, Rubens Barrichello dan Giancarlo Fisichella.

Sesi latihan rasmi pertama F1 akan bermula pada Jumaat.

“Sudah tentu, semuanya agak menyukarkan buat masa ini tapi kami akan cuba melakukan yang terbaik serta berusaha meneruskan permulaan musim dan diharapkan kami mempunyai minggu yang menarik,” kata Verstappen kepada wartawan.

“Anda akan cuba melakukan sepanjang minggu seperti kebiasaan yang boleh tapi sudah tentu seperti apa yang kita lakukan setakat ini, anda akan cuba mengambil sedikit langkah berhati-hati.”

Dalam usaha mengurangkan interaksi antara pemandu dan peminat, sesi autograf di Albert Park digantikan dengan temu bual bertanya soalan dan jawapan disamping banner selfie turut disediakan.

All copyrights for this article are reserved to Metro