MIKE Tyson ditawar $1 juta (RM4.3 juta) untuk keluar daripada persaraan dan menentang legenda ragbi tak pernah kalah, Sonny Bill Williams dalam pertarungan pertunjukan.

Ikon heavyweight berusia 53 tahun itu baru-baru ini mendedahkan mahu kembali ke gelanggang dan menjalani latihan dalam tempoh tiga minggu terakhir di bawah kendalian jurulatih MMA, Rafael Cordeiro.

Cordeiro, ketua jurulatih di Kings MMA, California percaya Tyson hanya memerlukan lima bulan lagi untuk benar-benar bersedia beraksi dalam pertarungan sebenar.

Petinju digelar Baddest Man on The Planet menerima tawaran pertama dengan ‘promoter’ Brian Amatruda sedia mengatur pertarungan menentang bekas pemain liga ragbi, Barry Hall dan Paul Gallen atau legenda All Blacks, Williams sebagai lawan.

BINTANG ragbi yang bersara, Williams kini beraksi di liga menang semua pertarungan pro tetapi tidak bertinju sejak 2015. FOTO Agensi BINTANG ragbi yang bersara, Williams kini beraksi di liga menang semua pertarungan pro tetapi tidak bertinju sejak 2015. FOTO Agensi

Amatruda berkata: “Saya melangsungkannya di Melbourne Arena yang disaksikan 10,000 penonton atau Princes Park yang menarik minat 30,000 orang menyaksikan pertarungan Jeff Fenech menentang Azumah Nelson.

“Dia mungkin sudah berusia 53 tahun tetapi masih mempunyai daya tarikan dan Hall, Gallen atau Sonny Bill berpeluang bertinju dengannya.

“Ia pasti menarik, bukan sahaja mengenai pertarungan malah ia adalah peristiwa. Perkara pertama saya lakukan ialah menghubungi (ejen selebriti) Max Markson dan memintanya menawarkan Tyson $1 juta.”

“Max membawanya ke Australia pada 2012 dan dia sudah biasa dengan Tyson dan isterinya tetapi perkara utama ialah dia mendapatkan visa untuk Tyson dan itu kunci utama.”

Amatruda berkata: “Kami perlu menunggu sehingga tamat pandemik koronavirus, mungkin sehingga awal tahun depan – selagi kami mendapat visa.

“Mereka memberinya peluang pada 2012 dan dia ok, dia lelaki yang berkeluarga sekarang. Dia tidak menimbulkan sebarang masalah, jadi mengapa tidak mereka membenarkan dia kembali?”

Tyson menentang Corey Sanders dalam aksi pertunjukan pada 2006 sebagai sebahagian daripada jelajah dunia yang diatur bagi membantu krisis kewangan dihadapinya.

Tetapi juara dua kali itu menegaskan perancangan untuk kembali bertarung hanya untuk meraih dana kebajikan dan kini menunggu bintang ragbi mana yang berani bersemuka dengannya.

All copyrights for this article are reserved to Metro