WEST Ham mengumumkan pemecatan pengurus Manuel Pellegrini susulan kekalahan 2-1 menentang Leicester City dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu.

Ia merupakan kekalahan kesembilan pasukan itu dalam 12 perlawanan yang lepas.

Ia sekali gus meletakkan West Ham pada tangga ke-17 Liga Perdana, hanya satu tangga sebelum turun ke Division Dua.

Pengumuman itu dibuat dua jam selepas kekalahan tersebut.

Pellegrini meninggalkan kelab itu 18 bulan selepas dilantik pada Mei 2018 menerusi kontrak selama tiga tahun.

Bekas pengurus The Hammers, David Moyes antara calon yang dipertimbangkan untuk mengganti tempatnya.

All copyrights for this article are reserved to Awani