MESKIPUN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diaktifkan sejak Mac lalu, ia tidak menghalang Yakult Malaysia untuk terus mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan bola sepak di negara ini.

Kejohanan Yakult Global Cup yang dianjurkan tahun lalu dengan membabitkan persaingan beberapa pasukan dari seluruh tanah air terpaksa dibatalkan susulan arahan kerajaan yang melarang aktiviti sukan bersentuhan dianjurkan sepanjang tempoh PKP untuk mengelak penularan wabak Covid-19.

Begitupun, ia tidak mematahkan semangat Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada apabila pihaknya sedia menganjurkan Yakult Global Cup 2020 The Ultimate Juggling Challenge.

Menurut Hamada, tetap bersemangat menyediakan platform terbaik buat kanak-kanak di negara ini dengan sedikit kelainan selaras dengan normal baharu aktiviti sukan di Malaysia.

Katanya, dalam cabaran kali ini, ia akan membabitkan individu dan berkumpulan di mana ianya akan menyaksikan peserta-peserta beradu kemahiran menimbang bola sepak sesama mereka.

Katanya, setiap cabaran dibahagikan kepada tiga kategori umur iaitu bawah 8, 10 dan 12 tahun.

“Tahun ini kita tidak bernasib baik untuk menganjurkan Yakult Global Cup Kali Kedua berikutan pendemik Covid-19 yang sedang melanda dunia, bagaimanapun ini tidak mematahkan semangat saya untuk terus menganjurkan aktiviti bola sepak di peringkat akar umbi.

“Kami menganjurkan Yakult Global Cup 2020 The Ultimate Juggling Challenge bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menimbang bola di kalangan kanak-kanak di Malaysia serta memberikan mereka peluang untuk mencabar peserta dari Jepun yang terdiri daripada pelatih-pelatih di Akademi Bola Sepak Cerezo Osaka dan Akademi Bola Sepak Fagiano Okayama.

“Cabaran individu akan bermula pada 1-20 Jun manakala bagi cabaran berkumpulan akan bermula dengan peringkat saringan pada 1-20 Jun dan peringkat akhir akan berlangsung pada 26-30 Jun ini. Pemenang akan menerima hadiah wang tunai dan e-sijil dan berpeluang menentang pasukan dari Jepun,” katanya.

Sebagai rekod, Yakult adalah minuman probiotik rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Institut Sukan Negara (ISN).

Amalan minum Yakult, yang mengandungi probiotik Shirota strain hidup, setiap hari berfungsi menyokong sistem penghadaman dan imun badan.

Ini terbukti secara saintifik memanfaatkan kesihatan dan kesejahteraan tubuh badan di kalangan atlet, kanak-kanak dan masyarakat dari pelbagai golongan umur.

Kesemua cabaran berkenaan akan dilangsungkan secara atas talian dengan peserta hanya perlu menghantarkan video penyertaan kepada pihak penganjuran mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.

Maklumat lanjut berkaitan Yakult Global Cup 2020 The Ultimate Juggling Challenge dan pendaftaran pemain dan pasukan boleh di dapati di laman web rasmi di www.yakult.com.my.

All copyrights for this article are reserved to Metro