REAL MADRID 1 ATLETICO 0

Zinedine Zidane bertanggungjawab di atas aksi separuh masa pertama yang mengecewakan ketika merakamkan kemenangan 1-0 ke atas Atletico Madrid dalam saingan LaLiga, semalam.

Jaringan tunggal Karim Benzema melengkapkan kemenangan Los Blancos di Santiago Bernabeu, melanjutkan kelebihan Real ke atas penghuni tangga kedua Barcelona kepada enam mata.

Bagaimanapun, Real gagal menampilkan permainan cemerlang sebelum tamat separuh masa pertama dan bernasib kerana tidak ketinggalan apabila Vitolo dan Angel Correa hampir menjaringkan gol pembukaan buat skuad kendalian Diego Simeone itu.

Zidane melakukan dua pertukaran, memperkenalkan Vinicius Jr — yang memainkan peranan di sebalik jaringan kemenangan Benzema — Lucas Vazquez.

“Saya tidak gembira dengan apa yang saya saksikan di atas padang dalam separuh masa pertama. Tetapi ia bukan silap pemain-pemain, ia adalah tanggungjawab saya,” kata Zidane.

“Jadi saya mengeluarkan Isco dan Toni [Kroos], tetapi saya mungkin mengeluarkan dua pemain lain. Pertukaran harus dilakukan.

“Lima pemain di bahagian tengah sebelum ini membuahkan hasil. Tetapi tidak untuk perlawanan ini. Kami dapat berasakan sukar untuk mendapatkan rentak dan gagal mengawal permainan.

“Kami memulakan separuh masa kedua dengan cara yang berbeza, membuka ruang dan memberikan tekanan kepada pasukan lawan. Kami menampilkan permainan yang cemerlang dan berhak meraih tiga mata. Kami tidak boleh sentiasa bermain dengan cemerlang sejak permulaan perlawanan.”

Real kini selesa mendahului LaLiga serta melangkah ke suku akhir Copa del Rey, manakala berdepan Manchester City dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL).

Zidane bagaimanapun enggan membincangkan potensi untuk mereka merakamkan kejayaan treble.

“Tidak. Kami hanya gembira di atas kemenangan yang diraih hari ini. Kami perlu mengharungi banyak lagi perlawanan sukar, dalam Copa, LaLiga dan UCL. Kami belum menang apa-apa, hanya Piala Super, dan perjalanan masih lagi panjang.”

Kekalahan Atleti bermakna mereka telah tewas tiga daripada empat perlawanan dan ketinggalan 13 mata di belakang Real dalam LaLiga.

“Kami bimbang dengan situasi ini,” kata pengendali Atleti, Diego Simeone.

“Kami perlu berusaha dan mengubah nasib pasukan. Kami akan bangkit dalam saingan liga dan UCL.”

All copyrights for this article are reserved to Awani